Assalamualaikum dan selamat sejahtera, terlebih dahulu aku ingin mendoakan kesihatan yang baik kepada semua pembaca yang membaca penulisan ini. Wabak Covid-19 ini telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap semua golongan. Ramai yang sudah terkorban akibat wabak ini dan ada yang masih dirawat di hospital dan lain-lain juga. Tujuan penulisan aku pada kali ini ialah untuk menceritakan pengalaman aku sebagai seorang pesakit Covid-19 dan cara aku berusaha untuk menyembuhkan diri daripada penyakit durjana ini.

    Aku menjadi pesakit positif Covid-19 melalui "close contact" dengan ayah aku. Ayah aku merupakan seorang pesakit buah pinggang dan dia telah mendapat penyakit ini ketika dia baru balik rumah dari menjalani rawatan hemodialisis di sebuah Pusat Dialisis Pakar di Kuantan, Pahang. Pihak pengurusan memberitahu kepada ayah aku bahawa misi bertugas ialah "contact rapat" dengan orang yang disyaki positif Covid-19. Pada hari esok, ayah aku telah menjalani ujian saringan atau "Swab Test". Esoknya pula, keputusan ayah telah diumumkan melalui SMS dan aplikasi My Sejahtera iaitu ayah positif Covid-19. Aku dan mak aku juga telah melakukan Swab Test dan keputusannya adalah aku juga positif seperti ayah aku manakala mak aku pula negatif. Aku tidak hairan aku positif kerana aku rapat dengan ayah aku. Adik beradik aku yang lain pula tidak terlalu terdedah dengan ayah aku kerana mereka mempunyai bilik sendiri dan fokus dengan "final" mereka manakala aku pula tidak mempunyai bilik mudah terdedah dengan ayah aku dan aku juga tidak sibuk kerana  menunggu keputusan kemasukan Universiti bagi Ijazah Sarjana Muda. Ayah aku positif pun dia rapat dengan aku hahaha lol.

    Selepas disahkan positif, aku terus mengemas baju dan seluar untuk bersedia diangkut oleh KKM ke pusat kuarintin yang telah ditetapkan. Aku membawa peralatan dan kelengkapan yang diperlukan. Ayah aku selepas disahkan positif dia telah dibawa masuk ke Wad di HTAA kerana dia merupakan pesakit yang kategori kronik kerana dia mempunyai penyakit yang lain seperti kencing manis (diabetes) dan perlu menjalani hemodialisis atau cuci buah pinggang walaupun dia positif tetapi tidak bergejala. Berbalik kepada pengalaman aku pula, aku telah duduk di rumah selama 7 hari selepas menjalani ujian Swab Test. Ayah aku pula selepas disahkan positif, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menghubungi ayah aku untuk memberitahu bahawa KKM akan menghantar dia ke pusat tertentu. KKM lambat menghubungi aku walaupun aku sudah 7 hari kuarintin di rumah kerana Ic aku didaftarkan dengan nombor telefon aku yang lain. Aku pelik kerana sewaktu Swab Test, aku telah mengisi nombor aku yang aku selalu guna dan telah didaftarkan di aplikasi My Sejahtera. 
    
    Selepas 7 hari kuarintin di rumah, barulah pihak KKM telah menghubungi aku. Aku lupa nak beritahu semasa ayah aku kuarintin, aku telah pergi ke kedai untuk membeli barang keperluan. (Waktu ini sebelum aku membuat Swab Test) Di kedai itu, aku telah terjumpa dengan kawan dan kitaorang berborak dalam kereta tidak lebih dari 5 minit. Nak dijadikan cerita, kawan aku yang aku berborak tu juga positif Covid-19. Cuma selepas aku disahkan positif, dia baru buat ujian Swab Test dalam lambat 2-3 hari tak silap aku. Dia juga telah mendapat panggilan daripada KKM untuk diangkut pada hari pertama dia mendapat keputusan bahawa dia positif Covid-19 manakala aku pula telah duduk di rumah selama 7 hari dan pihak KKM telah mengangkut kami bersama-sama. KKM menghubungi kami mengatakan bahawa akan mengangkut kami untuk dihantar ke pusat kuarintin pada waktu petang atau malam. Rupa-rupanya, pukul 1 pagi barulah pihak KKM datang mengangkut kami. Kami sanggup menunggu seperti menunggu masa untuk pergi. Aku dan kawan aku ingat kami telah discam hahaha dan ingin tidur tetapi telah mendapat panggilan daripada KKM menyuruh kami menghantar lokasi rumah kami untuk diangkut.

    Hari pertama aku dan kawan aku diangkut, kami telah dihantar ke PKRC Gambang di Univerisiti Malaysia Pahang di Gambang. Pada hari itu, kami sampai dalam pukul 2 pagi. Selepas sampai di sana, aku dan kawan aku mendapatkan tag katil untuk menunjukkan kami penghuni di sana dan membuat pemeriksaan kesihatan seperti check oksigen, tekanan darah dan suhu. Katil aku tidak begitu jauh kerana berada di tengah-tengah dan merupakan katil atas sama seperti kawan aku. Katil kawan aku pula jauh dengan katil aku tetapi boleh dilihat dari kawasan katil aku. Hari pertama berada di sana, kitaorang tidak boleh tidur kerana berada di persekitaran baru. Lampu spotlight di atas juga tidak ditutup kebetulan juga aku tidur di tengah dan aku tak biasa dengan keadaan ini. 
  
  Kitaorang cuba survey tempat ini dengan mengenalpasti di mana tempat mandi, buang air kecil dan besar serta tempat untuk solat. Tandas di sana ada yang elok dan ada yang tidak. Terdapat juga tandas dan tempat mandi yang diletakkan satu-satu seperti tandas atau tempat mandi yang mudah alih. Nak mandi atau buang air kecil atau besar memang kena berebut huhuhu. Inilah paling menyusahkan di sini. Ada sekali aku nak buang air besar terpaksa tahan dahulu sebab tandas penuh. Selama aku di sana, aku tak pernah guna tandas mudah alih ini. Aku sanggup menunggu tandas yang biasa walaupun ramai orang menggunakannya hahaha. Hari itu juga, kami tidak dapat tidur dan stay up sampai subuh esok. Dalam pukul 7 pagi, kami beratur untuk mengambil sarapan dan kami tidur selepas itu pada pukul 10 pagi dan bangun pada pukul 1 petang.


Tandas mudah alih 
 Sewaktu di sana, aku hanya tinggal di pusat tersebut selama seminggu sahaja iaitu dari 22/7/2021 sehingga 28/7/2021. Sepatutnya 27 haribulan aku boleh balik tetapi doctor di sana risau jika keadaan aku menjadi lebih teruk kerana family aku ada yang tidak buat lagi ujian Swab Test untuk kali kedua. Oleh sebab itu, aku terpaksa tunggu sehingga tamatnya tarikh kuarintin aku.
Di sana terdapat juga tempat untuk beriadah dan bersukan seperti gelanggang futsal. Di situ sesiapa sahaja dibenarkan untuk bermain futsal. Aku pada mulanya bermain futsal juga tetapi selepas beberapa hari aku tidak bermain malah hanya melihat sahaja pesakit-pesakit lain bermain futsal.



Gelanggang futsal yang terdapat di UMP Gambang


Suasana ketika beratur untuk membuat pemeriksaan kesihatan

Tempat tidur di UMP Gambang di dalam dewan


    Setiap hari kami hanya makan sebanyak 3 kali sehari iaitu untuk sarapan pada pukul 7 pagi, makan tengahari pada pukul 1 petang dan makan malam pada pukul 7 malam. Makanan yang lain ialah makanan yang dibawa sendiri seperti Maggi dan Nescafe atau Milo 3 in 1. Rutin setiap hari pula adalah sama dan tidak banyak yang berbeza. Bila bangun pagi, ramai akan berebut untuk mandi.  Di sini juga disedikan kemudahan air panas untuk membuat minuman. Terdapat dua tempat untuk solat, iaitu di atas pentas dewan iaitu untuk solat secara berjemaah dan di bahagian kanan dewan yang kebanyakkan digunakan oleh pesakit-pesakit disini untuk mengecas telefon mereka, melepak dan menunaikan solat secara bersendirian.

    Sepanjang aku disini, aku bertegur sapa dengan semua golongan. Jiran bawah katil aku adalah seorang pakcik, ditepi katil aku juga seorang pakcik dan di belakang katil aku adalah seorang belia muda berumur 23 tahun. Dia berasal dari Bera. Dia seorang yang ramah dan sporting jugaklah bagi aku. Dia banyak support aku dengan bagi makanan jika tiada. Ada sekali kawan aku demam panas, dia bagi aku semua ubat dia. Orangnya baik dan kelakar hahaha. Ada juga seorang lelaki yang sama umur dengan aku. Kitaorang banyak berborak dan menjadi rapat juga tetapi ada satu hari dia meminta nombor telefon aku, aku tidak menolaknya tetapi aku mengatakan nanti aku bagi kerana aku mahu menunaikan solat terlebih dahulu. Rupa-rupanya itulah hari terakhir aku berjumpa dengan dia. Dia sudah balik ke tempat asalnya iaitu Bentong kerana aku sudah cari tempat katil dia dan sudah tiada. Aku rasa ini mungkin penyesalan aku ketika berada di sana. 

    Di sini juga pernah ada kes kecurian Iphone XR tetapi semasa aku di sana pencuri tersebut tidak memulangkan Iphone itu walaupun tidak boleh membuat apa dengan Iphone yang dicuri itu. Pencuri tersebut mungkin tidak tahu untuk membuka Iphone, dia memerlukan Apple Id dan Face Id. Oleh itu, jika ingin mengecas telefon di sana pastikan diri juga ada kerana ada juga segelintir yang hanya meletakkan telefon untuk dicas tetapi tidak menunggunya bersama malah ke katil untuk berehat atau tidur.
Tempat melepak di tepi dewan 
(Boleh juga untuk mengecas telefon dan menunaikan solat)

    Semasa aku disana, aku tidak mengalami sebarang gejala. Cuma rasa tidak sedap badan, rasa nak demam. Pada 28/7/2021, aku dapat discharge dari pusat ini dan pada pukul 6 petang aku telah memotong gelang di sini dan telah menaiki kenderaan ambulan untuk balik ke Kuantan.
    
    Bila balik rumah, aku baru mendapat pelbagai gejala bagi pesakit yang terkena Covid-19. Antaranya ialah seperti, demam, sakit tekak tetapi tiada batuk, cirit-birit, selesema, kesejukan, hilang deria bau dan hilang deria rasa. Nak dikatakan selama seminggu juga selepas aku balik dari pusat tersebut, baru aku kena pelbagai gejala ini. Aku ada mesej Pejabat Kesihatan Daerah untuk bertanya tentang normal ke jika baru dapat pelbagai gejala selepas balik dari pusat kuarintin. Jawapannya ialah jika risau menjadi lebih teruk maka saudari atau saudara boleh pergi ke pejabat kesihatan daerah untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Aku tidak pergi ke sana tetapi hanya duduk rumah dan mengamalkan pelbagai cara untuk berusaha melawan penyakit ini.

Antara perkara yang boleh kita lakukan jika kita positif Covid-19:
  • Minum air kosong secukupnya iaitu 8 gelas sehari
  • Sediakan pelbagai ubat untuk dimakan jika sakit
  • Potong lemon dan isi atau perah ke dalam air kosong untuk diminum. Pesakit yang tidak mempunyai deria rasa boleh cuba makan lemon. InsyaAllah deria rasa akan kembali semula jika diamalkan selalu.
  • Ambil bunga cengkih sejemput dan isi ke dalam air panas. Pesakit boleh menghirup wap atau steam daripada bunga cengkih tersebut. Ianya juga bagus untuk pernafasan.
  • Pesakit juga boleh mengambil sejemput bunga cengkih dan isinya ke dalam air panas dan minum air bunga cengkih tersebut kerana ianya bagus untuk kesihatan dan boleh melawan virus ini.
  • Selalu memakai mask ketika di dalam rumah
  • Memastikan kebersihan diri terjaga
  • Makan Vitamin C
  • Air kelapa juga elok diminum oleh pesakit Covid-19
  • Kumur air garam (suam). Hal ini boleh dilakukan jika sakit tekak dan tidak mempunyai deria rasa.
  • Kerap memakai hand sanitizer     
  • Mengambil madu dan mencampurkannya ke dalam air kosong suam lalu minum. Boleh diamalkan jika sakit tekak.
    Banyak lagi cara yang boleh diamalkan. Pesakit atau pembaca boleh mencari maklumat di Internet.
Vitamin C yang aku ambil

Supplemen yang aku ambil 
                     
Ubat sakit tekak yang aku ambil
                                           
    Paling sakit bagi aku ialah bila sakit tekak. Sakit tekak yang aku rasa ialah bila kita nak telan air liur pun rasanya memang sakit. Nak telan bubur pun sakit. So memang rasa stres juga la bila nafsu makan tu ada tapi sayang kalau nak makan tak boleh juga sebab sakit tekak sebab dia effect telinga rasa seperti berdenyut. Minum air pun sama juga rasa. Demam pulak rasa sejuk panas gitu seperti suhu tak stabil badan kita. Bila demam aku ambil ubat panadal atau Paracatemol. 
    
    Selepas seminggu duduk rumah, Alhamdullillah aku pun dah rasa sihat dan tiada gejala. Semoga kita semua menjaga kesihatan dan patuh terhadap SOP yang telah ditetapkan. Aku akhiri penulisan aku ini dengan ucapan semoga kita berjaya dalam menangani wabak ini. Jika pembaca ingin menanyakan soalan boleh bertanya di ruangan komen. Aku harap penulisan aku ini dapat memberi pengetahuan baru dan manfaat kepada pembaca blog ini. InsyaAllah Aamiin 😄.

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera, terlebih dahulu aku ingin mendoakan kesihatan yang baik kepada semua pembaca yang membaca penuli...